Saturday, August 4, 2012

Beautiful Night

SALAM

  Tadi boring-boring then bukak lah kotak folder picture dalam lappy ni. Tengok banyak pulak gamba-gambar before balik cuti sem hari tu. As usual, every sem before balik rumah aku and the gang. Geng lah sangat kan. Haha. Kitorunk akan decide satu hari untuk jalan-jalan beli buah tgn/ barang yg orang kirim utk bawak balik semenanjung. Makan seafood kat Pasar malam yang femes amos dekat Pasar Filipina tu memang wajib pegi even tengah exam week lagi time tu tapi kerana makanan sanggopp. Kedai-kedai seafood ni betul dekat belakang Pasar Filipina dengan Pasar Ikan Masin. Depannya laut. Sebelahnya Surau. Nice lah pemandangan kat situ sebab banyak lauk pauk. Huhuhu. Major kat sini yang makan foreigner lah. Ramai Mat salih, Hallyu star pon ade (Korean), Chinese, dll. Orang semenanjung yang datang makan kat sini pon ramai.

  Disebabkan siang hari tu kitorunk berpuasa sunat so memang simpan perut habislah. Lepas maghrib amik kete pecut. Sampai sana order makanan kaw kaw punya. Nafsu makan telah berleluasa.

  Ni seafood yang kitorunk order. Ada Sotong bakar, Udang Bakar, IKan Bakar, Rumpai Laut, Kuah asam dengan sambal belacan nye perghhhh!! tak tahan sampai menjilat jari. Bagi aku yang suka makan pedas-pedas ni memang suke lah tapi aku rasa level pedas kat gerai ni tahap 2 je kot. Gerai sem lepas yang aku pegi kuah asam dia terbaik, Sambal belacan nya macam budu. Kawan2 aku yang cik mek kelate pon puah hati! Thumbs up!.First time aku makan rumpai laut boleh tahan lah jugak tapi aku kena makan dengan nasi plus kuah asam sekali kalau tak rasa lain macam. Rumpai laut ni macam bebola kecil yang kenyal beli gigit die meletup. Haha. Tapi jangan imagine overdose sangat ye!

  Kat sana ada banyak giler gerai. Tak tahu nak pilih nak pilih duduk kat mana so time ni lah korang kena guna negotation skills korang. Pandai tawar-menawar and bermulut manis sikit dengan tauke gerai tu kalau nak dapat harga murah. Tapi memang aku kompem harganya memang berpatutan lah. Kalau nak sedapp cakap lah slang sabah sikit bha. Nasib baik aku pergi hari tu ada Kak Qila dia memang pandai bab-bab tawar-menawar ni. Ada jugak rumors kata kebanyakan tauke seafood kat situ orang Filipina tapi aku tak sure betol ke tak sebab kawan-kawan sabahan aku tak cakap papepon. Maybe ada yang local sabahan ada mix mix Philipine sikit kot.

Sempat lagi aku ngan Kiya berposing


Dari kiri: Kak Qila, Kak Fina, Kak Mumu ;P

   Alhamdullilah, sume dah kenyang lauk pon habis tinggal kepala ikan dengan ada sikit rumpai laut je kitorunk tak sauk. Yang dua orang dewasa di atas tu sibuk berbincang tentang masalah ekonomi dan perhubungan antarabangsa negara. Haha. Sesuai sangat lah dengan kos mereka masing-masing. Kitorunk bertiga jadi pendengar setia.


  Ok. ni part Klimaks yang paling kelakar. Sebab tak puas hati and nak diskaun lebih2 punye pasal kitorunk siap mintak kat akak kedai tu lagi buku resit segala. Time ni lah depa dua orang kat atas ni tunjuk skill. Hahaha. Dah habis exam pon nak jawab exam lagi. Siap kira balik apa yang kitorunk makan, ikan apa yang dapat diskaun, rumpai laut free :). Nasib baik lah tak bawak kalkulator 560x kalau tak memang dah square root, cube root dah kat situ. Haha. Tapi memang berbaloi lah makan 5 kepala dalam 70-80 ringgit tak silap. Aku pon lupe harga betul nya berapa.

 Lepas makan g pasar sinsuran cari brooch and pin lawa-lawa siap ada mutiara lagi tu. Betul gua cakap lu sumpah murah brooch kat sini memang untung banyak kalau bawak balik semenanjung jual. Then pergi pasar ikan masin lagi borong Udang kering, Ikan bilis segala lah. Malam tu kitorunk sampai UMS dekat pukul 11 lah jugak nasib baik tak kena tahan dengan pok guard. Hehe. Abang kereta yang kitorunk sewa ni pon dah risaw kalau kereta dia kena tahan yelah kot-kot kad matrik die pon kene tahan tak boleh ambik exam. Huhu. Oryte! GTG :)

 Annyeonghigyeseyo!