Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban

 Salam

Alhamdullilah. Akhirnya blog aku ni hidup semula. hehe. Selepas beberapa purnama takde kekuatan nak mengupdate. Sedar tak sedar lagi 16 hari akan masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. sama-sama kita berdoa semoga dapat menempuh Ramadhan tahun ini. InshAllah ;)

Dan malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban, (Nisfu=setengah) iaitu di mana amalan kita selama setahun ini akan diangkat oleh malaikat untuk ditukarkan dengan lembaran yang baru setelah setahun berlalu. macam orang selalu cakap "tutup buku baru, bukak buku lama". bukan tutup buku hutang 555 yang lama ganti dengan buku hutang 555 yang baru. huhu just kidding! ;)

Bulan Syaaban juga dikatakan bulan Nabi dan amatlah digalakkan untuk kita berpuasa pada bulan ini sebab Nabi Muhammad s.a.w gemar berpuasa sunat pada bulan ini dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Banyak fadilat bulan Syaaban yang kita tahu seperti memperbanyakkan puasa sunat, berdoa, berzikir, berselawat ke atas Rasuulah s.a.w dan bertaubat. Semoga amalan kita pada tahun lalu lebih baik dari sebelumnya dan semoga amalan kita pada kali ini dapat sama-sama kita gandakan.  InshAllah.