Saturday, August 4, 2012

Beautiful Night

SALAM

  Tadi boring-boring then bukak lah kotak folder picture dalam lappy ni. Tengok banyak pulak gamba-gambar before balik cuti sem hari tu. As usual, every sem before balik rumah aku and the gang. Geng lah sangat kan. Haha. Kitorunk akan decide satu hari untuk jalan-jalan beli buah tgn/ barang yg orang kirim utk bawak balik semenanjung. Makan seafood kat Pasar malam yang femes amos dekat Pasar Filipina tu memang wajib pegi even tengah exam week lagi time tu tapi kerana makanan sanggopp. Kedai-kedai seafood ni betul dekat belakang Pasar Filipina dengan Pasar Ikan Masin. Depannya laut. Sebelahnya Surau. Nice lah pemandangan kat situ sebab banyak lauk pauk. Huhuhu. Major kat sini yang makan foreigner lah. Ramai Mat salih, Hallyu star pon ade (Korean), Chinese, dll. Orang semenanjung yang datang makan kat sini pon ramai.

  Disebabkan siang hari tu kitorunk berpuasa sunat so memang simpan perut habislah. Lepas maghrib amik kete pecut. Sampai sana order makanan kaw kaw punya. Nafsu makan telah berleluasa.

  Ni seafood yang kitorunk order. Ada Sotong bakar, Udang Bakar, IKan Bakar, Rumpai Laut, Kuah asam dengan sambal belacan nye perghhhh!! tak tahan sampai menjilat jari. Bagi aku yang suka makan pedas-pedas ni memang suke lah tapi aku rasa level pedas kat gerai ni tahap 2 je kot. Gerai sem lepas yang aku pegi kuah asam dia terbaik, Sambal belacan nya macam budu. Kawan2 aku yang cik mek kelate pon puah hati! Thumbs up!.First time aku makan rumpai laut boleh tahan lah jugak tapi aku kena makan dengan nasi plus kuah asam sekali kalau tak rasa lain macam. Rumpai laut ni macam bebola kecil yang kenyal beli gigit die meletup. Haha. Tapi jangan imagine overdose sangat ye!

  Kat sana ada banyak giler gerai. Tak tahu nak pilih nak pilih duduk kat mana so time ni lah korang kena guna negotation skills korang. Pandai tawar-menawar and bermulut manis sikit dengan tauke gerai tu kalau nak dapat harga murah. Tapi memang aku kompem harganya memang berpatutan lah. Kalau nak sedapp cakap lah slang sabah sikit bha. Nasib baik aku pergi hari tu ada Kak Qila dia memang pandai bab-bab tawar-menawar ni. Ada jugak rumors kata kebanyakan tauke seafood kat situ orang Filipina tapi aku tak sure betol ke tak sebab kawan-kawan sabahan aku tak cakap papepon. Maybe ada yang local sabahan ada mix mix Philipine sikit kot.

Sempat lagi aku ngan Kiya berposing


Dari kiri: Kak Qila, Kak Fina, Kak Mumu ;P

   Alhamdullilah, sume dah kenyang lauk pon habis tinggal kepala ikan dengan ada sikit rumpai laut je kitorunk tak sauk. Yang dua orang dewasa di atas tu sibuk berbincang tentang masalah ekonomi dan perhubungan antarabangsa negara. Haha. Sesuai sangat lah dengan kos mereka masing-masing. Kitorunk bertiga jadi pendengar setia.


  Ok. ni part Klimaks yang paling kelakar. Sebab tak puas hati and nak diskaun lebih2 punye pasal kitorunk siap mintak kat akak kedai tu lagi buku resit segala. Time ni lah depa dua orang kat atas ni tunjuk skill. Hahaha. Dah habis exam pon nak jawab exam lagi. Siap kira balik apa yang kitorunk makan, ikan apa yang dapat diskaun, rumpai laut free :). Nasib baik lah tak bawak kalkulator 560x kalau tak memang dah square root, cube root dah kat situ. Haha. Tapi memang berbaloi lah makan 5 kepala dalam 70-80 ringgit tak silap. Aku pon lupe harga betul nya berapa.

 Lepas makan g pasar sinsuran cari brooch and pin lawa-lawa siap ada mutiara lagi tu. Betul gua cakap lu sumpah murah brooch kat sini memang untung banyak kalau bawak balik semenanjung jual. Then pergi pasar ikan masin lagi borong Udang kering, Ikan bilis segala lah. Malam tu kitorunk sampai UMS dekat pukul 11 lah jugak nasib baik tak kena tahan dengan pok guard. Hehe. Abang kereta yang kitorunk sewa ni pon dah risaw kalau kereta dia kena tahan yelah kot-kot kad matrik die pon kene tahan tak boleh ambik exam. Huhu. Oryte! GTG :)

 Annyeonghigyeseyo!








NEW, RAMADAN, DEJAVU, DILEMMA

SALAM.


  Hye bloggers! It has been a long time we no see, write, talk and whatsoeva. peace yo! (^.^)V. So tonite saya mengupdate dengan new fresh looks! tak perasan ke mostly 80% kat dalam blog aku ni dah berubah kecuali header. Mohon buat-buat perasan jika anda mempunyai perasaan. Actually, sayang betoll nak tukar header ni sebab aku memang suka header yg simple2 je tak terlampau fashionista asbabun nuzul saya ni memang simple orangnye. (~.<). Lagipun tahap kemalasan yang membuak-buak terhadap pengeditan dalam bidang photoshop and photoscape yang menjadi salah satu punca aku malassss sangat-sangat nak buat header baru. Ngehngehngeh. Buktinya aku malas dah terang tang tang since cuti sampai cuti dah nak habis baru satu entry je baru aku post. kahkahkah. Yezza perangai saya memang buruk. Pengakuan!

   Alhamdullilah sekarang dah masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadan. Puasa ke berapa? Puasa ke-15. Eh, betulkan? tak sangka cepat betol kan dah setengah Ramadan kita berpuasa. W/pun diberi kelebihan untuk golongan wanita yang kadang-kadang tak cukup 30 hari. Anyway kami perempuan wajib ganti jugak sila jangan kecewa. Sure semua orang tahu kan sbb tu pengetahuan am.Tapi bila difikirkan balik apalah amalan yang aku buat selama 15 hari berpuasa ni. ;( Memang setitik nila je amalan ni rasanya jika nak dibandingkan dengan susu sebelanga. Sikitnya lah. Bukti bukti! ni haa yang duduk tercongok depan lappy ni hape? ~speechless~ So, pandai-pandai bahagikan masa lah antara online dengan beribadat kan. Ingat belaja je kena bahagi masa? (peringatan untuk aku)

  Serius cuti aku ni tak manfaat langsung dah lah tak keje. OK! LUAHAN PERASAAN DEKAT SINI KEJAP. SILA TUTUP MATA IF TAK NAK BACA TAKPE. KBYE!. Rase cuti ni macam kosonggg giler. KOSONG KOSONG KOSONG ONGG ONGG
  My ayah awal-awal lagi dah aim bulan ni banyak lah duit ayah keluar nak bayar bil letrik. kahkahkah. Aku diam tak terkata mana tak nye almost 24 hours hadap kejadah ni takpon tido. Tengok tv memang jarang tapi drama yang aku layan sepanjang cuti ni #DejavuDiKinabalu je. Hehe. Fyi, Saya dah sampai Kundasang dah. Mt. Kinabalu je tak panjat lagi. Tak percaya tengok lah entry saya yg sebelum-sebelum ni :). Anda bila lagi? . Sampai sanggup bukak Tonton semata-mata sebab nak tengok ending yang lagi satu tu. Ammar kawen dengan Nadira even aku memang sokong Bazli. Hehe.

Nak jugak Retweet tweet Fafau. Haha. I loike!


  Foine! tadi tengah dok bosan-bosan instinct ni soh bukak emel. Electric shock! Terkejut beruk buruk lah jugak bila tengok ade email dari SPA suruh pegi intebiu jawatan kat sana 29 Ogos ni. Lama jugak lah aku memikir ni permohonan aku time abad ke berapa? Lepas spm ke matrik? Rasa macam lepas matrik sebab dia hantar kat emel baru aku. Hurmm. Now tengah dilema nak pergi ke x? If tak pergi rasa rugi sebab dah lah tengah cuti ni at least boleh dapat pengalaman. Tapi yang satu halll nye tu diorang suruh bawak resume pulak. OK aku taw lah sekarang ko nak mohon kerja apepon kene buat resume tapi mana aku taw nak buat camne! Dulu penah buat kat matrik tapi lupa daa.. Anyone can help me? Yeahh. I know MR.GOOGLE will help me !! haha.  Kenapa lah diorang tak panggil aku before masuk U dulu at least takde lah serba salah sangat if aku berjaya temuduga tu. Ceyhhttt. Perasan sekejap! Dapat tak dapat mak aku kata belakang kira nanti kita fikir dikemudian hari yang penting EXPERIENCE.  Mak aku memang suka cakap bab2 pengalaman ni. Hehe.

  So, tengok lah macam mana nanti aku story mory lagi. Dah panjang berjelar ni sampai orang pon tak lalu nak baca kan. Nanti aku update lagi ye lagipun banyak entry yg aku save tapi tak post-post lagi. Almaklumlah buat kerja separuh jalan :). Hehe. Kbye!

Wasalam