Tuesday, March 30, 2010

''KOMA:BAGAI HIDUP MENANTI MATI"


Cerita tentang koma bagai hidup menanti mati pernah difilemkan judulnya DEAD ZONE lakonan Christopher Walken. Dalam filem ini, walken yg koma selepas dilanggar kereta,dimasukkan ke dlm hospital dan pulih dalam keadaan yg luar biasa.Walken yg tlh sedar itu mempunyai keupayaan meramal masa hadapan,dan kebolehan inilah yang menyebabkannya melakukan perbuatan yang pelik,antaranya membunuh seorang senator yang telah berkempen untuk merebut jawatan presiden. Walken membunuh senator tersebut kerana mengikut ramalannya senator itu akan mencetuskan perang dunia ketiga dengan melancarkan peluru berpandu ke Rusia.

Antara kisah koma yg tersebar luas di internet ialah mimpi terakhir Ariel Sharon sebelum koma. Sharon,Perdana Menteri Israel yg dikatakan terlibat secara langsung dengan penyembelihan penduduk islam Palestin di khemah pelarian Shabra dan Syatila di Lubnan pd 16 september 1982,telah dibalas di dunia lagi.

Sebuah akhbar Israel yang melaporkan mengenai hari-hari terakhir beliau sebelum koma, yang diburu oleh mimpi yang sangat mengerikan.
Beliau menceritakan kepada setiausaha peribadinya,bahawa melihat dirinya diikat dan dirantai
dalam keadaan bogel lalu diheret di atas sebuah kenderaan yg terbuka dan melalui
lorong-lorong di Gaza.

Seminggu terakhir sebelum koma,beliau didatangi dengan mimpi yg lebih ngeri.Mimpi ngeri seperti beliau dicampak ke dalam perigi yang dalam sering menggangunya sehinggalah akhirnya dia koma. Walau bagaimanapun, Sharon masih berada dalam keadaan stabil ketika koma tetapi peluangnya untuk sembuh amatlah tipis akibat strok.

Demikian antara cerita pesakit koma.Kebanyakan pesakit koma yg telah sembuh mendakwa,walaupun mereka tidak bergerak balas, mereka berupaya mendengar jelas bicara orang di sekeliling mereka. Apabila pesakit koma telah sedar,ada yang memberitahu bahawa roh mereka telah dibawa ke alam lain, melihat perkara aneh berlaku. Malah ada yang telah dibawa ke neraka, lalu memohon untuk dihidupkan kembali dan kemudiannya tersedar.
apa pandangan anda???



No comments: