Salam
First and foremost, i really proud to be Malaysian coz many perumpamaan or simpulan bahasa a.k.a idioms that we used to show something in form of sindiran 'Sir tap hate manak'
ok.pengaruh Afdlin Shauki.
Back to the topic >>
Hari ini aku nak explain tentang maksud simpulan bahasa LIPAS KUDUNG.
Gambar Ihsan dari Google |
Bagi yang dah tahu.sila buat2 tak tahu.yang tak nak tahu.ketahuilah bahawa anda akan rugi.
''Bahasa menunjukkan bangsa''
Tapi aku telah memakai bahasa rojak. Harap dimaafi.
Al-kisahnya, pada suatu petang Jumaat yang mulia si A sangat gembira kerana emaknya pulang ke rumah untuk berehat sementara sebelum waktu rehatnya tamat. Kemudian emak si A meminta agar menghantar ke tempat kerja semula dan si A sepantas kilat bersetuju. Sementara menunggu emak A tamat kerja si A pun mengambil keputusan untuk bersiar-siar sambil mencari buku dan peralatan lain utk dibeli.
Tiba-tiba si A berasa lapar dan bercadang untuk makan di Secret Recipe. Setelah memakirkan kereta, A pergi ke tempat bayaran untuk membeli tiket untuk diletakkan di dalam kereta kerana itulah undang-undang negara yang wajib dilaksana.
Selepas 2 minit membuat urusan pembayaran A kembali ke kereta untuk memaparkan tiket yang sudah dibeli namun A tersentap kerana terdapat 'WARKAH CINTA' dari B mengatakan bahawa A telah disaman kerana tidak membuat pembayaran.A mencari-cari siapakah gerangan yang telah memberi warkah cinta ini sambil bersumpah seranah di dalam hati dan mengucap panjang kerana A benar-benar tidak dapat menerima kenyataan yang hakiki lagi jelas, nyata dan terang.
Baru sahaja beberapa minit A berlalu pergi untuk membuat urusan pembelian tiket dengan sekelip mata B telah mematahkan hati si A. Tindakan B yang pantas lagi efisyen itu samalah seperti simpulan bahasa LIPAS KUDUNG. B membuat kerja dengan pantas dan si A merasakan B layak mendapat ANUGERAH PEKERJA PANTAS SETANGKAS LIPAS KUDUNG 2012.
Sehingga saat ini A masih merasa bengang dan tersentap dengan B kerana melakukan sebegitu rupa. A percaya si B awal-awal lagi sudah merancang untuk memberi Warkah Cinta buat si A sebaik sahaja si A memakirkan kereta. Sesungguhnya A akan berusaha untuk memaafkan si B. W/pun si A tidak dapat melihat wajah si B tapi A berharap semoga si B dirahmati dan diberkati setiap pekerjaannya oleh Allah. Amin.
Death Note : Dah lame tak tulis karangan berbentuk cereka. Btw thanks kepada B kerana telah memberi pengajaran yang sangat berguna kepada aku hari ini.
annyeong !!
2 comments:
kesimpulannya A tu awk la ek.. heee
ahaha..betol la tu..=)
Post a Comment