Semacam ada magnet, Tanah Suci Makkah menjadi tumpuan semua umat Islam sejak lebih 2000 thn lalu.
Sememangnya kota suci ini merupakan pusat muka bumi berdasarkan terdapat kajian pakar geologi
yang menyatakan bahawa sejak kira-kira 4.5 billion tahun terbentuknya bumi ini,telah berlaku beberapa pergerakan plat di sekeliling plat tanah Arab. Pergerakan yg teratur itu berlangsung sejak berkurun lamanya yang menuju ke satu arah seolah-olah ke suatu tempat iaitu Tanah Arab.
Berdasarkan penemuan penyelidikan tersebut, Syeikh Yusuf Al-Qardawi bersama-sama saintis muslim dan ulama mengadakan persidangan "Mecca: The Center Of Earth, Theory and Practice" pd April 2008 yg menghasilkan resolusi supaya ''Mecca Time'' diwujudkan bg menggantikan Greenwich Meridian (GMT). Persidangan itu bertujuan untuk mempromosikan ''keajaiban Al-Quran'' yg selama ini dikaburi oleh hujah saintifik disebabkan oleh logik akal Barat. Salah satu fakta saintifik ditonjolkan berdasarkan ayat al-Quran ialah kesahihan muka bumi Makkah adalah pusat atau titik tengah muka bumi.
Malah, seorang ahli geologi menjelaskan Makkah berada tepat di jajaran utara magnet,tidak seperti longitud di tempat lain. Fakta ini menguatkan lagi sebab utama seluruh umat islam sejak dahulu hingga kini tidak putus-putus mengunjungi Makkah, malah kota ini tidak pernah sepi daripada dikunjungi umat islam daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa pada sepanjang tahun.
Kaabah yg menjadi arah kiblat umat islam di seluruh dunia pula tidak pernah sekalipun sepi drpd tawaf manusia sejak dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya,Nabi Ismail. Sekiranya selidik dari segi saintifik, para saintis Barat telah menemui satu-satunya tempat yg menghasilkan banyak tenaga,iaitu Kaabah di Maakah.
Realitinya,bumi ini beredar di paksinya sendiri. Atas kuasa Tuhan,ciptaan-Nya ini berpusing menentang arah putaran jam. Peredaran bumi ini diukur melalui putaran mengelilingi sistem solar,iaitu Matahari.
Saintis mengenal pasti sekiranya tidak ada kuasa yg berlaku di Kaabah yg menstabilkan tenaga, mereka meramalkan dunia ini akan ''berakhir'' atau lebih tepat maksudnya ,kiamat.
Perbuatan tawaf didapati mampu melakukan sedemikian berdasarkan bentuk pergerakan keliling manusia yang berlaku pada arah lawan jam iaitu kiri ke kanan sebagaimana putarabn bumi. Tawaf dipercayai menyambut tenaga putaran bumi mengelilingi matahari, menstabilkan dan menyebar ratakan tenaga tersebut ke seluruh bumi. Tenaga tersebut hampir sama dengan cas-cas yg terhasil semasa umat islam menunaikan solat berjemaah. Cas tersebut banyak membantu manusia meneutralkan cas positif yg berlebihan dlm badan.
Hasil drpd cas tersebut dan mengalir di dlm badan manusia,secara tidak langsung ia membantu menyihatkan tubuh manusia. Begitulah yg selalu kita dengar drpd mulut mereka yg baru pulang drpd melakukan ibada haji, mereka sihat sejahtera sesudah berada di Tanah Haram Makkah. Sudah tentu keadaan sedemikian berlaku kerana peredaran (tawaf) manusia di Kaabah berupaya mengubah struktur partikel cairan di dlm tubuh seeorang menjadi kristal sebagaimana yg dinyatakan oleh Masaru Emoto,penulis buku The True Power Of Water. Menurut beliau tubuh manusia mengandungi 70 peratus air. Sekiranya kita berniat atau berkata baik pada air, partikel atau struktur air itu berubah menjadi kristal yg indah. Secara tautomatik melancarkan saluran darah walaupun sebelumnya sentiasa tersumbat akibat pelbagai penyakit.
**aku rasa tertarik baca artikel ni n terasa nk share ngn korunk,..sumber: Dewan kosmik**
No comments:
Post a Comment