Thursday, August 25, 2011

A simple religion of ISLAM

SALAM..

Petikan :

Dari Abu Hurairah radliyallahu `anhu dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam beliau bersabda: Sesungguhnya agama ini adalah agama yang mudah, dan tidaklah seseorang itu melampaui batas dalam menjalankan agama ini kecuali akan kalah dengan sendirinya. Oleh kerana itu berusahalah untuk mengamalkan agama ini dengan benar, dan kalau tidak bisa sempurna, maka berusahalah untuk mendekati kesempurnaan. 
Dan bergembiralah kalian dengan pahala bagi kalian yang sempurna 
walaupun amalan kalian tidak sempurna. Dan upayakan menguatkan semangat beribadah dengan memperhatikan ibadah di pagi hari dan di petang hari dan di sebahagian malam (yakni waktu-waktu di mana keadaan badan sedang segar untuk beribadah). (HR. Al-Bukhari dalam Shahih nya Kitabul Iman bab Ad-Dienu Yusrun hadits ke 39, An-Nasa’i dalam Sunan nya Kitabul Iman bab Ad-Dienu Yusrun hadits ke 5049, Ahmad dalam Musnad nya jilid 4 hal. 422)

SESUNGGUHNYA AGAMA INI ADALAH MUDAH
Agama yang dimaksud di sini ialah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu `alaihi wa sallam .. Ia dikatakan mudah kerana dibandingkan dengan agama-agama Islam yang dibawa oleh para Nabi sebelum beliau.


Alhamdullillah sebagai seorang muslim kita telah diberikan kemudahan dan keringanan daripada ALLAH  utk mengerjakan ibadah .. Kemudahan dan keringanan yang dimaksudkan di sini bukanlah bererti mengabaikan kewajiban agama .. akan tetapi kewajiban agama itu sendiri adalah kemudahan dan keringanan di banding dengan kewajiban agama bagi umat-umat terdahulu.

Sebagai contoh .. solat itu kewajibannya ialah dengan berdiri .. Bila tidak mampu kerana sakit atau sebab lainnya maka boleh dilaksanakan dengan duduk .. Dan bila tidak mampu dengan duduk ..maka boleh pula dengan terlentang dan selanjutnya .. Berwuduk diwajibkan untuk dilakukan dengan air ..Tetapi bila  tidak ada air atau kerana sakit .. maka boleh dilakukan tayammum dengan debu sebagai pengganti wuduk dan mandi junub .. Demikianlah keistimewaan agama Islam yang memudahkan dan meringankan penganutnya ..



Sebenarnya tujuan aku post entry ni sebab rasa hormat dan kagum sangat dengan semangat mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadah kepada ALLAH walaupun dalam keadaan uzur dan tidak sihat .. Terutamanya makcik-makcik and pakcik-pakcik yg sanggup berterawih di masjid bersama-sama walaupun dalam keadaan yang kurang fizikalnya dan tidak mampu berdiri lama .. semoga kehidupan mereka lebih diberkati oleh ALLAH S.W.T

WASSALAM ..

No comments: